Sunday, September 25, 2011

Jodoh Oh Jodoh.....

lagi2 sal jodoh..

semua orang dah kawen...tapi aku dop lagi...
mcm mane nak pikir sal kawen sedngkan boypren po xder..
huhu...teruk sangat ker aku yer...hodoh sngt ke aku ek...
emmm nthla...cam mcm dok pikir dlm kpala..

teringin sangat nak rasa hidup berkluarga tapi itlah tuhan tak izinkan lagi
untuk aku membina sebuah keluarga
aku nak sangat ader zuriat sendiri,tapi itulah belum tertulis lagi untuk aku..
aku teringin sangat untuk membantu mak aku...tapi itulah aku tiada kemampuan untuk memberikan kesenangan untuk ibu aku...\\\\


Ya Allah muarhkan rezeki aku...aku berdoa dan mohon sangat2 aku....
aku terima seadanya jodoh aku tapi biarlah dari kalangan hamba2Mu yang taat dan akur dan perintahMu Ya ALLAH..

Ya Allah berikanla aku kekuatan untuk mengharungi dugaan Mu walaupun ia tidaklah sebesar dugaan yang kau turunkan untuk hamba2Mu yang terdahulu...

Amin....perkenankanlah doa2 ku Ya Allah....kuharap sangat tahun ini memberikan seribu keberkatan untuk aku...

aku igin menjadi hambamu yang taat dan smpat merasa semua2 nikmatmu...


AMIN YA ROBBALA'LAMIN...

Sunday, August 14, 2011

" Indahnya ALam PerkAhwinan "




Bab kawin lagi....

percayakah kalau dikatakan perkahwinan itu adalah sesuatu yang indah?

Secara lisan mungkin kita akan berkata “percaya”, tetapi sememangnya perkahwinan itu sukar dirasai tanpa menjalaninya. Jadi, boleh dikatakan sebenarnya anda belum betul – betul yakin akan pernyataan diatas. Kadangkala, banyak alasan dari mulut kenapa kita tidak bersegera berkahwin, diantaranya :
* Belum habis pengajian
* Secara kewangan masih belum mampu.
* Anda sedang menjalani suatu program yang mensyaratkan tidak boleh berkahwin dalam jangka masa waktu tertentu.
* Belum bertemu orang yang sesuai atau belum mendapat jodoh.
* Masih ingin menikmati masa muda.
* Belum mendapat restu dari orang tua (mungkin ibubapa merasa tidak sesuai dengan calon pasangan anda).
* Takut kepada lawan jenis.
* Belum berani bertanggungjawab dan sebagainya…

Kerana perkahwinan, kita akan kehilangan :
* Waktu untuk berkumpul dengan rakan – rakan
* Waktu untuk menjalankan hobi. Malah anda hampir akan kehilangan hobi lama
* Hak peribadi, misalnya merokok, bergosip, dan sebagainya – yang kebanyakan sebenarnya adalah hawa nafsu

Semua alasan di atas adalah alasan yang sebenarnya timbul dari dalam hati kita.

Hati adalah sesuatu yang sangat mengikut pengaruh, baik dari dalam diri kita sendiri mahupun dari luar. Apabila dapat mempengaruhi hati dengan agama, dengan berzikir kepadaNya, menyebut namaNya, itu jauh lebih baik. Yakinlah dengan seyakin-yakinnya, ridha Allah SWT jauh lebih baik daripada dunia seisinya.

Kita belum menamatkan pengajian di universiti, belum menjadi seorang graduan. Seringkali perkara ini dihubungkan dengan tradisi orang-orang tua kita, jika mahu berkahwin harus “menjadi orang” dahulu, iaitu Belajar –» kerja –» Kahwin.

Malah ada juga yang menetapkan ketentuan seperti mempunyai harta yang cukup (3 biji kereta Mercedes.. hehe) dan perkara seumpama ini telah menjadi wajib dalam masyarakat kita

Padahal sebenarnya belajar itu merupakan satu proses seumur hidup, bermula dari dalam rahim sehngga kita mati. Tiada salahnya berkahwin ketika masih di universiti. Kesannya mungkin hanya masalah pembahagian waktu. Aturlah waktu agar dapat bekerja separuh waktu. Waktu menghadiri kuliah atau membuat assignment, fokuskan tenaga dan fikiran kita. Begitu juga ketika bekerja separuh waktu. Kuncinya, mengatur masa dan mengatur fokus

Bagaimana apabila kita merasakan secara kewangan masih belum mampu?

QS 24. An Nur ayat 32 : Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Ayat ini adalah motivasi utama untuk yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin. Kita akan menjadi super yakin apabila kita sudah berkahwin dan menjalaninya. Tetapi kita harus sabar dan tawakkal kepada Allah serta tetap berusaha. Walaupun disaat kita benar-benar kehabisan wang. Jangan menjalankan maksiat dan pekerjaan yang haram hanya kerana tiada wang.

Apabila kita sedang mengikuti suatu program yang mensyaratkan tidak boleh berkahwin dalam jangka waktu yang tertentu, tetaplah mengikuti program tersebut dan jagalah keinginan kita untuk berkahwin. Untuk lebih yakin lagi, jelaskan kepada ibubapa dan calon mertua. Berjanjilah untuk segera berkahwin setelah jangka waktu tersebut dilepasi dan sekaligus minta restu mereka.

Belum bertemu yang sesuai ?

Itu bergantung kepada kriteria anda. Tidak perlu berlebihan dalam hal ini. Yang paling asas adalah pasangan yang kita inginkan tidak perlu seperti kita. Dan lihatlah diri kita sendiri. Kalau kita “begini” kemungkinan kita akan mendapatkan pasangan yang “begini” pula. Jika kita seorang yang selekeh, jangan mengharapkan pasangan yang kcak atau cantik.

Kalau kita cuma berlulusan SPM, jangan terlalu berharap dapat yang lulusan Ijazah.Kuncinya, batasi kriteria kita hanya dengan apa yang ada di Al Qur’an dan sunnah Nabi. Semakin cerewet kita, semakin sukar kita akan bertemu pasangan yang sesuai. Dan selalulah meminta petunjukNya.

Jodoh itu termasuk ketentuan Allah yang kita sendiri tidak tahu, tetapi Insya Allah kita pasti akan mendapatkannya.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (QS 30. Ar Ruum ayat 21).

Ibu Bapa yang tidak bersetuju

Sebaiknya kita lihat dulu, apa masalahnya. Mungkin ibubapa kurang berkenan, contohnya kerana berambut botak, berkelakuan buruk, mempunyai pekerjaan haram atau suka membuat perkara maksiat. Untuk kes ini, ajaklah pasangan kita untuk memperbaiki diri terutama yang berhubung dengan akhlak dan bersabarlah. Selalukan mempertemukan pasangan kita dengan ibubapa. Ada pepatah “tak kenal maka tak cinta”. Biasanya ini hanya masalah waktu. Berprasangka baiklah kepada Allah dan ibubapa.

Tetapi apabila ibu bapa tidak setuju kerana alasan yang “pelik – pelik”, misalnya kerana harta atau keturunan, Jelas secara perlahan – lahan dengan bahasa yang sopan kepada ibubapa bahawa perkara itu tidak penting. Apabila ibubapa masih berkeras juga dan kita sudah tetap dengan pilihan kita, mahu terus atau mahu mematuhi ibubapa?

Sebenarnya, dari satu sudut, restu orang tua (terutama ibu) itu penting, tetapi kewajipan kita untuk taat kepada ibubapa hanya apabila sesuatu perkara itu benar di mata Allah dan tetaplah berbuat baik kepada ibubapa.

Katakanlah: “Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu iaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya mahupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar.” Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya). (QS 6. Al An’aam 151)

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (QS 17. Al Israa’ 23)

Kemudian, tentang hobi, kesenangan, dan sebagainya yang berhubungan dengan hawa nafsu. Percayalah, Allah akan menggantinya dengan yang lebih baik kerana dengan menikah bererti kita mematuhi perintah Allah dan sunnah Nabi. Allah akan senang kepada hamba-Nya yang mahu mematuhi perintah dan menjauhi larangan-Nya.

Kita akan merasakan indahnya perkahwinan kerana :

* Kita boleh mengajak pasangan kita ke arah kebaikan, menjadi pendakwah kepada pasangan dan anak, dan kita akan mengetahui lebih banyak lagi tentang agama sekaligus mempraktikkannya bersama keluarga kita. Kalau berdakwah kepada orang lain mungkin kita akan malu-malu, tetapi itu tidak berlaku apabila kita berdakwah kepada pasangan dan anak kita

* Allah akan selalu menolong kita dan perkahwinan akan membuat kita lebih menyedari bahawa Allah selalu memperhatikan kita. Doa kita akan lebih cepat dikabulkan.

* Sesuatu yang diharamkan menjadi halal kerana perkahwinan.

* Nafsu duniawi kita lebih terkawal

* Saat anak kita lahir, si ayah akan mempunyai kesempatan untuk azan di telinganya.

Keindahan-keindahan di atas sudah melebihi segala keindahan sebelum perkahwinan. Kalau Anda masih takut juga untuk berkahwin, yakinkan bahawa perkahwinan adalah salah satu hijrah (merubah diri untuk menjadi lebih baik).

Allah Ya Rahman..

Allah Ya Rahim..


Sumber " pakar cinta

" Walimatul Urus "

Bestnyer bile dapat undangan kahwin , tibe2 kite plk yang berangan bile plk la kite yang naik pelamin.....bile la turn kite plk nak hantar jemputan kad kahwin kan....bile plk kite nak hidup berdua.....emmm....entahla....nak pikir pun xjumpa jawapan sebab itu semua kerja tuhan ... kite sebagai Hamba hanya mampu berdoa dan memohon supaya kita boleh merasa nikmat dan berpeluang untuk hidup berkeluarga dan mampu mengecapi pahala yang dijanjikan untuk mereka yang bergelar isteri solehah...Amin.....

Harap2 hari yang bahagia untuk aku akan tiba jua.....just wait and c....that's alll wat i can say...Doakan untuk saya yer...hehe

Antara doa-doa dan kata-kata hikmah perkahwinan yang menjadi sumber keberkatan pasangan pengantin baru ialah seperti yang Pakar Cinta kongsikan dibawah ini...




DOA #1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

“Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai”

- (Doa Nabi Muhammad SAW pada pernikahan Puteri Baginda Fatimah Az-zahrah dengan Saidina Ali bin Abi Talib RAH)

DOA #2

Ya Allah Ya Tuhan Kami..

“Kami mohon limpah kurnia Mu, berkatilah majlis ini semoga berjalan dengan sempurna sepertimana yang Engkau Kehendaki. Limpahkanlah barakah dan rahmat jua keampunan Mu kepada pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumah tangga mereka sakinah, mawaddah dan warahmah dalam ketaatan terhadap-Mu.

Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan juga di akhirat. Sempurnakanlah iman serta agama mereka dengan berkat ikatan ini. Moga perkongsian hidup mereka berkekalan hingga ke akhir hayat”




Kata-Kata Hikmah #1:

“Tidak perlu mencari wanita secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tak setulus Zulaikha. Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim. Andai diri tak sehebat Siti Hajar dan mengapa didambakan teman hidup yang sempurna Muhammad..”

Jika ada keburukan pada diri, bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia akan selalu milik mu..


Kata-Kata Hikmah #2:

Sabda Rasullah SAW:-

“Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung atasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai..”

Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka.

~ Di Riwayatkan oleh Maisaran bin Ali dari Abu Said Al-Khudri

" Don't Be Sad "

Panduan Memikat
« Bersangka Baik Sesama Insan Cinta Fitrah VS Cinta Fitnah »
Doa Ketika Sedih
Posted on 17/07/2011 by Pakar Cinta
245Jom SHARE!

LA TAHZAN!

latahzan2 Doa Ketika Sedih

Berikut adalah senarai doa-doa dari sunnah yang boleh dibaca ketika kita menghadapi keadaan yang sangat sedih.



doa sedih 1 Doa Ketika Sedih

Maksudnya:
“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Agung dan Maha Lembut, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan ‘Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan ‘Arasy yang mulia”
(HR Bukhari 7/154 dan Muslim 4/2092)



doa sedih 2 Doa Ketika Sedih

Maksudnya:
“Ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan (segala urusanku) kepada diriku walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau”
(HR Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42, Shahih Abu Dawud 3/959)



La Tahzan bermaksud jangan bersedih :

· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.

· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.


Ketika Allah rindu pada hambaNYA, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.Dalam hadits qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaKU lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana AKU ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)

10 Tanda Si Dia Jodoh Anda




Panduan Memikat

10 Tanda Si Dia Jodoh Anda
Posted on 17/07/2011 by Pakar Cinta
SHARE!

jodoh 10 Tanda Si Dia Jodoh Anda

1. Gunakan Seluruh Pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahu Si Dia memang ditakdirkan untuk kita?

Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesanyang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasaingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahuyang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaanyang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.

Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah..

Adakah dia jodoh kita?

“Manusia hanya mampu merancang, Allah menentukan. Itu pasti!” icon smile 10 Tanda Si Dia Jodoh Anda

Tuesday, August 9, 2011

Mock Call 1 < prod BYE > mOCk caLL 2 iS cOMing......PLeASE dO sOMethiNG ....

12.05 am / Tuesday,,

MalAM TAdi dah LePAS mOCk cALL 1...LEga cket RaseNYE...tp KNE stNDBY utk Mock Call 2 LAk nExt Week......hope i can PerfoRM wELL.......
tadi agak Nervous gak LA....Smpai tIme nak ElaborAte tibe2 JD blurr.....Naseb baek QA okey sANGat2...
Kne BANYak Focus dALam Class...System Kne Alert LEbeh Cket Ye Cik MaA....



Friday, August 5, 2011

TraIniNg CuStoMer ServiCe " TM BilLiNg "

catatan 9:31 PM 8/5/2011

AgAk Pening gak la bile first time berkenalan dengan system especially utk projek TM BilliNG...boleh dikatakan agak menguji skill dalam pape tatacara....UwIHH....tAPI Ape nak buat Life must Go ON.....
            untuk bersiap seawal 6.00 am KE OFIS...memang org kata betol2 cari rezeki arr...jeless tengok member syokk jer dok tarik selimut g...tp i ni dah jadi orang pertama rasmikan buka pintu gi kerja......bile dah sampai level G...bermulalah pengembaraan ke tempat kerja iaitu ke Manara TM and Cygal......adoi lenguh gak betis mau nyer rayer ni slim kot...< hehe...angkat bakul sendiri > ......pastu ader lagi.....berjalan jalan jalan merentas jalan raya ambik masa lam 15 minit gak ar...< jauh kan = kesian kat sayer > ......sampai jamek tukar tren lak ambik putra turun ke Kerinchi....
pastu jalan plk lam 10 minit...makin bertambah penat nak bertapak kat cygal....
masuk hari ni...dah 2 minggu kat TM......banyak gak la...bukan bnyak,tapi memang bleh ckp for me everything is something new for me.....yeah to make sure customer enjoy with us.....Next WEEK ader Mock Call 1.....Bunyinyer dah cam ngeri..moCk .....tp cUBer jer la......

THat's All for This moMent......<3

Tuesday, July 12, 2011

Come Back

hampir 2 tahun x view blog sendiri...malam ni rasa cam nak edit plk sikit2....

klu dulu 2009 time study g...time study kejar2 nak habiskan pljran...bile dah abes terpikir2 plk sal keje...tapi bile dah keje kene bayar hutang plak....

cam mcm....tapi pape pun " kite eNJOy "