Thursday, December 4, 2008

"...Merenunglah dan Bersyukurlah..."


setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda, kerana nikmat-Nya meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda....


.......sekiranya kalian menghitung -hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya...... ( Ibrahim : 34 )

Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki?
Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak diatas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya?
Apakah anda merasa nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai?

Renungkanlah ! Betapa besarnya pungsi pendengaran, dimana Allah menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yang cantik terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikanlah juga fungsi otak anda! Allah telah memberikan kesihatan akal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak stu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua-dua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berlian, tetapi tangan anda kudung?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan, anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih ada roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.

Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya.

Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!.....


<>

Bagaimana Mengetahui Si Dia Adalah jodoh anda


PERKAHWINAN adalah hubungan intim yang paling mencabar, namun ia juga sumber kegembiraan dan kepuasan jiwa. Bagaimanapun, suka untuk mencapai apa yang semua manusia mahukan daripada perkahwinan itu. Satu perkara buruk yang menjadi mimpi ngeri ialah perkahwinan yang tidak bahagia. Oleh itu, setiap keputusan untuk memilih pasangan hidup dan berkahwin adalah keputusan yang paling rumit untuk dibuat.


Boleh menerima perbezaan yang wujud pada pasangan anda

Ciri utama dalam perkahwinan bukan terletak pada keupayaan menyelesaikan perbezaan, tetapi kemampuan menerima dan menyesuaikan diri dengan perbezaan itu. Bagi sesetengah perkahwinan adalah penting suami isteri menerima perbezaan itu, malah mungkin ia menceriakan lagi kehidupan berumahtangga.

Misalnya, si isteri sukakan suasana rumah yang kemas dan teratur namun suami pula sering meletakkan barangan miliknya di merata tempat. Si isteri mungkin merungut tetapi menerima hakikat bahawa itu adalah tabiat suaminya.


Mengenali diri anda

Sebelum memilih pasangan hidup dan membentuk keluarga adalah berguna jika anda lebih menyedari kekurangan dan kelebihan diri sendiri. Ia amat membantu dalam usaha anda memilih pasangan yang sesuai. Senaraikan kekurangan dan kelebihan diri supaya anda mendapat gambaran seimbang mengenai diri sendiri.

Anda juga boleh melakukannya bersama pasangan anda supaya dapat mengukuhkan lagi hubungan cinta anda. Ini membolehkan anda membuat andaian terlebih dulu apa yang akan berlaku jika anda mengahwininya serta merangka jalan penyelesaian yang sesuai.


Mengenali personaliti antara satu sama lain

Antara faktor yang sering dikaitkan dalam permasalahan perkahwinan adalah sikap mudah terasa atau sensitif. Di kalangan kita, kira-kira 15 peratus hingga 20 peratus adalah Manusia Terlalu Sensitif (MTS) dan selebihnya bukan MTS. Sikap ini ditentukan oleh keturunan dan bukan kerana dipengaruhi oleh apa yang berlaku di sekeliling kita dan wujud tanpa mengira jantina anda.

MTS biasanya mudah terasa apabila dikritik, namun mereka juga memiliki ciri positif seperti berfikir dulu sebelum bertindak dan sanggup menerima pandangan orang lain.

Kemungkinan ketara dalam perkahwinan antara MTS dengan bukan MTS adalah wujudnya percanggahan pendapat. Misalnya, apabila ingin membeli rumah, individu bukan MTS mahukan keputusan yang segera, manakala individu MTS mahu berfikir terlebih dulu, mungkin mengenai kemampuan membayar balik pinjaman, kesesuaian tempat dan sebagainya. Oleh itu, adalah bijak jika anda menetapkan terlebih dulu ciri teman hidup yang anda impikan.


Mengetahui masalah zaman kanak-kanak masing-masing

Antara punca wujudnya perkahwinan yang tidak bahagia adalah kemungkinan pasangan anda didera semasa kanak-kanak, sama ada secara emosi, fizikal atau seksual. Penganiayaan seperti ini akan menyebabkan seseorang itu sering mengalami tekanan perasaan walaupun sudah dewasa.

Biasanya individu seperti ini akan menghadapi kesukaran meneruskan kehidupan berumahtangga dan menyebabkan kesengsaraan hidup terhadap pasangan dan anaknya.

Anda patut berusaha mendapatkan bantuan pakar jika menghadapi masalah. Jangan cuba mengandaikan bahawa perkahwinan mampu menyelesaikan segala masalah anda. Masalah itu jika dibiarkan mungkin menjadi lebih buruk dan menjejaskan masa depan anda.


Mengetahui keupayaan dan kelemahan diri sendiri

Fikirkan dulu mengenai keupayaan dan kelemahan diri anda dari segenap sudut sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Jika anda lemah dari segi kemahiran dalam perhubungan anda mungkin mengalami tekanan untuk mewujudkan keharmonian perkahwinan. Malah, mereka yang mahir dalam perhubungan pun menghadapi cabaran dalam perkahwinan.

Ada pelbagai cara untuk menilai kemahiran perhubungan anda. Tanyalah diri sendiri sama ada mudah atau sukar untuk anda mengekalkan hubungan persahabatan. Jika jawapannya sukar, maka anda patut berusaha meningkatkan kemahiran perhubungan sebelum mendirikan rumah tangga.


Mengetahui keperluan penting hidup anda

Antara tujuan perkahwinan ialah untuk memenuhi keperluan bersama. Oleh itu, langkah seterusnya dalam menilai diri sendiri adalah mengetahui keperluan hidup yang penting bagi anda.



"......Walau ape pun, semua ketentuan adalah dari Allah....Kita Hanya mampu Merancang & Tuhan yang Menentukan segalanya......Tapi IkhtiAR perlu....."

Tuesday, December 2, 2008

persepsi anda mengenai WARNA....


apa warna kegemaran anda.................. emm....ader maknenyer tu.. jom kite tengok ape yang tersirat yer...

  • ungu - seseorang yang suka memburu kejayaan, berfikiran posotif
  • Biru tua - seorang yang gigih, rajin dan amat berusaha
  • Merah - mempunyai sifat yang berani, bersemangat, dan tiada istilah gagal dalam diri dan sentiasa berfikiran positif
  • Hijau - Tenang, tidak banyak kerenah tapi ehmm...kuat cemburu yer...., dan yang oknyer....romantik dan baik hati
  • Oren - Komited dengan usaha yang dipertanggungjawabkan
  • Kuning - seorng yang ceria, berprasangka baik, dan tidak suka mencetuskan masalah
  • Hitam - mengamalkan protokol, dan jyuga seorang yang mudah emosional serta mudah merasa hiba
  • Putih - seorangyang amanah,boleh diharap dan penyayang
  • Coklat - berfikiran matang dan bertanggungjawab"...segala dibawah ini hanyalah untuk tatapan dan pendapat dari sesetengah pihak sahaja..."
"...sesungguhnya semuanya datang daripada diri sendiri...sama-samalah kita berusaha untuk mencapai sesuatu yang berfaedah dalam kehidupan agar tidak menyesal di kemudian hari..."

Anugerah Tuhan....

ingin kira kelahiran anda d bulan islam...

layari laman web www.islam.com

"sematkan islam dihati semaikan ketaatan kepada Allah"
" jodoh, ajal dan maut adalah ditangan tuhan.......
kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan...........
sentiasalah berserah kepada-Nya.....
semoga rahmat Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang mengingati-Nya..."

seindah nama semurni kasih

" seindah nama semurni kasih"................

anak2 permata keluarga....serilah rumah tangga dengan gelak ketawa cahaya mata......
sesungguhya anak2 itu pembawa rezeki....

hiasilah nama anak-anak anda dengan panggilan yang indah semoga mampu mencorakkan keperibadian yang indah di mata dan seri di hati....

semoga ikatan yang tersedia terjalin akan lebih bersemi dan kukuh"....

aminn........

" selawat la kepada junjungan besar kita setiap kali memasuki blog ini.....moga2 kita sama2 mendapat limpah rahmat dan petunjuknya sentiasa"........bie