Thursday, December 4, 2008

"...Merenunglah dan Bersyukurlah..."


setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda, kerana nikmat-Nya meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda....


.......sekiranya kalian menghitung -hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya...... ( Ibrahim : 34 )

Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki?
Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak diatas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya?
Apakah anda merasa nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai?

Renungkanlah ! Betapa besarnya pungsi pendengaran, dimana Allah menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yang cantik terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikanlah juga fungsi otak anda! Allah telah memberikan kesihatan akal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak stu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua-dua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berlian, tetapi tangan anda kudung?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan, anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih ada roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.

Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya.

Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!.....


<>